
(Intro) (Verse 1) masalah mencurah masuk, kau terbaring di lantai lagi Satu ketukan di pintu dan kemudian Kita berdua tahu bagaimana ceritanya berakhir Kau takkan menang jika bendera putihmu sudah dikibar saat perang bermula (Pre-Chorus) Sasar tinggi, tapi hayun rendah je Cuba nyalakan api, tapi terasa begitu dingin Pendamkannya di dalam, dan harap ia tidak kelihatan Aku katakan tidak, tapi dalam hati aku tahu (Chorus) Hari ini akan menjadi hari yang kau akan sedar Kerana aku dah penat menjelaskan apa yang lawaknya Inilah yang kau minta, beratnya mahkota ini Api di kala matahari terbit, abu menghujani bumi Cuba untuk menahannya, tapi ia terus berdarah keluar Inilah yang kau minta, beratnya Beratnya mahkota ini (Verse 2) Berpaling untuk lari, sekarang lihat apa yang telah terjadi Kalah dari segi jumlah, sepuluh lawan satu Dulu, sepatutnya kau gigit lidahmu (diam saja) Kerana tiada jalan berpatah balik di laluan ini setelah ia bermula (Pre-Chorus) Kau sudah pun berada dalam senarai itu Kata kau tak mahu apa yang tidak dapat kau lawan/tahan Mengacu pedang itu sedangkan mata pena tidak pernah tersasar Lihat semuanya hancur berkecai begini (guitar riff) (Verse rap) Langkah demi langkah, kau daki puncak menara Kejar nama, kejar takhta, abaikan semua bahaya Dulu kawan jadi lawan, semua pusing belakang Bila kau di atas awan, baru sedar kau keseorangan! Sekarang rasa bahang, pedang tajam di belakang Kau yang pilih jalan ni, tak perlu kau nak temberang Darah menitik atas lantai, pecah semua mimpi santai Tengok cermin nampak hantu, rantai besi yang kau rantai! (Bridge) Dulu kau yang nak! (Sekarang rasa!) Dulu kau yang mintak! (Sekarang ambik!) Bila mahkota dah lekat, baru rasa nak melompat? Terlambat! (Chorus) Hari ini akan menjadi hari yang kau akan sedar Kerana aku dah penat menjelaskan apa yang lawaknya Inilah yang kau minta, beratnya mahkota ini Api di kala matahari terbit, abu menghujani bumi Cuba untuk menahannya, tapi ia terus berdarah keluar Inilah yang kau minta, beratnya Beratnya mahkota ini (Outro) Beratnya mahkota ini… (kuasa) Beratnya, beratnya mahkota ini… (tanggungjawab…) Beratnya mahkota ini… (hidup) Beratnya, beratnya mahkota ini… (dalam tekanan…)

