Song Cover Image

Politik demi kuasa 2

Politikus bertegang urat leher Berdebat sampai lidah terjeler Bukan soal isu rakyat yang berjejer Tapi soal kedudukan mereka yang mahu dipamer. Untuk jadi pemimpin rakyat Wang peruntukan jadi azimat Wang poket sendiri jangan disiasat Pemberian mereka diriuh gamat. Masuk kampung jalan beriring Hujan lebat dia tetap kering Rakyat memandang sambil menjeling Waibi kita kemah keming masa pilihanraya di ambang mata waibi berkeliaran sini dan sana menabur budi ramah mesra sebelumnya hilang tak nampak rupa.