Opening : Aku berhenti mengejar, Bayangmu, Jasadmu, Perhatianmu, Hatimu. Pre chorus : Bukan kerana lelah, Bukan kerana benci, Bukan kerana bosan, Bukan juga kerana ada yang lainnya. Chorus : Tetapi-- Kerana aku mulai sedar, Cuma aku yang berjuang, Cuma aku yang mempertahankan, Cuma aku yang sedaya upaya menghidupkan cinta yang telah lama mati. Maaf-- Aku ingin berhenti. Closing : Andai masih ada denyut nadi dalam cinta yang dulunya kau semai ini, Kau akan sedar dan mencari aku kembali. Jika tidak, Biarkan saja 'kita' terkubur sepi menjadi sebuah memori.