Song Cover Image

Ku Tak Minta

+ Show full styles

[Rap Intro – perlahan, gelap, penuh tekanan] Lidahku kelu, Mataku terpana, Jiwaku resah, Dadaku sesak. Anxiety menghampiri, Bukan trauma, tapi terkesima, Kerana semuanya... izin jugak dari Illahi... Benci di wajah bukan mainan, Bicara tanpa simpati itu sikapmu. Hina selagi kau suka — itu kepuasanmu, Fitnah dan fitnah, itu dendammu, Sehingga mereka percaya, Asalkan kau terlihat baik dan suci di mata mereka... [Verse 1 – Nyanyian lirih & sedih] Tidak ku pinta, lahir ke duniamu, Tidaklah aku mahu… kebencianmu, Menemaniku sepanjang hidupku... Sehingga hari ini... ohhh~ Ku peluk erat sebuah hati tanpa rasa simpati, Belai jiwa ini, saat pilu menguasai diri... Masih tidak puaskah, derita yang kau beri pada diri ini? Wahai kau… adalah yang menjadi ibu kandungku... [CHORUS – vibe chorus emotional, mudah lekat] Ku tak minta untuk dibenci, Ku tak pinta lahir begini, Yang ku mahu hanya sedikit erti, Dalam dunia yang kau gelapkan ini... [Rap Verse 2 – suara jujur, perit tapi stabil] Sakit yang kurasa, Telah lama menjadi sahabatku. Resah dan air mata, Bukan lagi asing bagiku. Entah apa salahku… dan khilafku, Hanya salah serta benci yang wujud, Saat aku terlahir menjadi anak kandungmu... Namun tidak aku peduli itu semua, Kerana hidupku hanya kerana Allah. Dari kecil aku telah bersendirian, Walau dalam sukar, sedih, kecewa, Dan sepi yang sering bermain bersamaku... [BRIDGE – klimaks rasa paling dalam] Kalau aku bukan yang kau mahu, Mengapa aku harus rasa bersalah selalu? Air mata ini dah terlalu lama jatuh, Tapi tak pernah pun buat kau terpanggil untuk peluk... [Rap Penutup / Refrein – ulangan dengan kesedaran redha] Benci di wajah bukan mainan, Bicara tanpa simpati itu sikapmu. Hina selagi kau suka — itu kepuasanmu, Fitnah dan fitnah, itu dendammu, Sehingga mereka percaya, Asalkan kau terlihat baik dan suci di mata mereka... Lidahku kelu, Mataku terpana, Jiwaku resah, Dadaku sesak. Anxiety menghampiri, Bukan trauma… tapi terkesima… Kerana semuanya… izin juga dari Illahi...